Diploma Kemahiran Computer System Admin

diploma kemahiran tvet computer system admin

Program Diploma Kemahiran Computer System Admin memberi fokus kepada pembangunan kemahiran teknikal dalam pengurusan, pemasangan dan penyelenggaraan sistem serta rangkaian komputer. Melalui pembelajaran berasaskan latihan praktikal (hands-on), pelajar akan menguasai kemahiran seperti konfigurasi rangkaian, pengurusan server, keselamatan sistem, penggunaan peralatan rangkaian dan teknik troubleshooting, sekali gus melengkapkan mereka dengan pengetahuan serta pengalaman industri untuk membina kerjaya profesional dalam bidang teknologi maklumat dan pentadbiran sistem komputer.

Pengenalan

Program Diploma Kemahiran Computer System Admin di Universiti Tun Abdul Razak direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang teknologi maklumat, khususnya dalam pengurusan dan penyelenggaraan rangkaian komputer. Program ini memberi penekanan kepada pembangunan kemahiran teknikal seperti pemasangan, konfigurasi, dan penyelenggaraan sistem rangkaian yang digunakan dalam pelbagai organisasi moden.

Sepanjang pengajian, pelajar akan mempelajari asas rangkaian komputer termasuk reka bentuk rangkaian, pemasangan peralatan seperti router dan switch, serta teknik troubleshooting untuk memastikan sistem rangkaian berfungsi dengan baik. Selain itu, pelajar juga didedahkan kepada aspek keselamatan rangkaian, pengurusan server, dan penggunaan teknologi terkini dalam bidang IT.

Program ini turut menekankan pembelajaran berasaskan praktikal (hands-on), di mana pelajar berpeluang menguasai kemahiran sebenar industri seperti pemasangan rangkaian, pengujian sistem, serta pembaikan kerosakan dengan teknik yang betul. Pendekatan ini bertujuan memastikan graduan bersedia untuk memasuki dunia pekerjaan dalam bidang rangkaian komputer dan teknologi maklumat secara profesional.

Maklumat Program

  • INSTITUSI: Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur
  • PENGIKTIRAFAN: Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
  • JADUAL KELAS: Isnin – Jumaat
  • JANGKAMASA PENGAJIAN: 2 Tahun 3 Bulan
  • PEMBIAYAAN: Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) / KWSP / Ansuran Bulanan
  • TEMPAT TINGGAL: Asrama Disediakan (RM260 sebulan)
  • PENEMPATAN PEKERJAAN: Disediakan
  • SAMBUNG PENGAJIAN: Layak untuk melanjutkan pengajian ke tahap Ijazah Sarjana Muda (Degree) di mana-mana universiti tempatan.

Syarat Permohonan

  • SPM tidak diperlukan
  • Berumur 16 – 30 tahun
  • Boleh berbahasa Malaysia
  • Sihat tubuh badan

Modul / Subjek Pengajian

  • Penyediaan Sistem Komputer
  • Penyelenggaraan Sistem Komputer
  • Pembaikan Sistem Computer
  • Pemasangan Server
  • Penyelenggaraan
  • Penyediaan Sambungan Rangkaian Komputer
  • Konfigurasi Peranti Mudah Alih Konfigurasi Server
  • Pengurusan Pemasangan Rangkaian komputer
  • Kawalan Keselamatan Sistem Komputer
  • Pengurusan Penyelenggaraan Sistem Computer
  • Perolehan Sistem dan Rangkaian Komputer
  • Komunikasi Asas Bahasa Inggeris
  • Aplikasi Microsoft Office
  • Kepimpinan
  • Keusahawanan

* Sila ambil perhatian bahawa modul-modul ini tertakluk kepada perubahan oleh pihak Kolej / Universiti dari semasa ke semasa.

Peluang Kerjaya

  • Network Technician
  • Network Administrator
  • Network Engineer
  • IT Support / Technical Support
  • System Administrator
  • Network Support Specialist
  • Data Center Technician
  • IT Executive
SPM Tidak Diperlukan
Untuk Memohon
Kemasukan Terus
Tanpa Temuduga
Diiktiraf Kementerian Sumber Manusia
Bantuan Kewangan + Elaun Sara Diri RM400 Setiap Bulan
Asrama Disediakan (RM260 Sebulan)
Penempatan Pekerjaan Disediakan

Ada Sebarang Soalan?

Hubungi Kami

Upskilled Education
Jalan PPT 2, Pusat Perniagaan Templer, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

Kenapa Pilih Program Ini?

Permohonan adalah secara Direct Entry dan tidak memerlukan sijil SPM sebagai syarat kemasukan.

Bantuan kewangan disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) termasuk Elaun Sara Diri berjumlah RM400 setiap bulan.

Program ini ditawarkan oleh salah satu universiti ternama di Malaysia iaitu Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) di kampus utamanya di Kuala Lumpur.

Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti

celcom       airasia       perodua       genting       shangrila       etiqa       prudential       airasia       fedex

MOHON

Anda perlukan maklumat lanjut mengenai program ini? Lengkapkan Borang Pertanyaan dibawah dan wakil kami akan menghubungi anda secepat mungkin!

Inactive

Giving

All donations to the Student Emergency Fund will directly support our students as they adapt to changing circumstances.

Alumni

Everything that I learned at Kempbelle University really helped put me above the competition in the field of business management.

Alyssa Watson
BA Business Management

Inactive