Upskilled Education
Sejak tahun 2011, kami telah bekerjasama dengan pelbagai institusi pengajian tinggi untuk menawarkan program Diploma Kemahiran yang berkualiti dan mendapat permintaan tinggi dalam industri di Malaysia.
Misi Kami
Menyediakan peluang kedua untuk golongan yang tidak berkemampuan mendapatkan akses pembelajaran berkualiti melalui program TVET dan Diploma Kemahiran yang diiktiraf. Selain itu, kami juga komited dalam usaha membantu membangunkan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berdaya saing dan bersedia memenuhi keperluan industri masa kini serta masa hadapan.
graduan tajaan kami telah berjaya menamatkan pengajian dengan cemerlang dan kini ditempatkan di pelbagai syarikat dan industri ternama di Malaysia.
Visi Kami
Menjadi platform rujukan utama dalam pendidikan TVET dan kemahiran di Malaysia dengan memperkasakan akses kepada latihan berkualiti, melahirkan graduan berkemahiran tinggi, serta menyumbang kepada pembangunan modal insan dan ekonomi negara.
Upskilled Education menyokong penuh inisiatif Malaysia Higher Education Blueprint 2026 - 2035
01.
Meningkatkan akses ke universiti dan kolej – memperluaskan peluang ke universiti awam, politeknik, kolej komuniti, dan institusi swasta.
02.
Menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat – memberi penekanan kepada peningkatan kemahiran dan kelayakan walaupun selepas seseorang memasuki alam pekerjaan.
03.
Melahirkan masyarakat berkemahiran tinggi – memperkukuhkan pendidikan akademik dan TVET (Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional) bagi memenuhi keperluan industri masa depan.