Diploma Kemahiran Kejuruteraan Automotif
Program Diploma Kemahiran Kejuruteraan Automotif memberi fokus kepada pembangunan kemahiran teknikal dalam penyelenggaraan, diagnostik dan pembaikan kenderaan mengikut piawaian industri automotif semasa. Melalui pembelajaran berasaskan teori dan latihan praktikal (hands-on), pelajar akan menguasai sistem enjin, brek, elektronik kenderaan serta teknik troubleshooting, di samping membina kemahiran insaniah seperti komunikasi, disiplin kerja, keselamatan bengkel dan keusahawanan untuk meningkatkan kebolehpasaran dalam industri automotif.
- Carsome TVET Academy
- Jangkamasa: 9 Bulan
- Biasiswa Disediakan (Dengan Syarat)
Pengenalan
Program Diploma Kemahiran Kejuruteraan Automotif di Carsome TVET Academy direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang automotif yang mampu memenuhi keperluan industri moden. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran teknikal dalam penyelenggaraan, diagnostik, dan pembaikan kenderaan, selaras dengan piawaian industri automotif semasa.
Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan kepada pembelajaran berasaskan teori dan praktikal yang merangkumi sistem enjin, sistem brek, sistem elektronik kenderaan, serta teknik mengenal pasti dan menyelesaikan masalah (troubleshooting). Latihan praktikal yang intensif membantu pelajar menguasai kemahiran sebenar seperti pembongkaran, pemeriksaan dan pemasangan semula komponen kenderaan.
Selain itu, program ini turut menekankan pembangunan kemahiran insaniah seperti disiplin kerja, komunikasi, dan keselamatan bengkel. Graduan juga digalakkan untuk membina sikap profesional serta keupayaan keusahawanan bagi menghadapi cabaran industri automotif yang sentiasa berkembang.
Maklumat Program
- INSTITUSI: Carsome TVET Academy, Kota Damansara
- PENGIKTIRAFAN: Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
- JADUAL KELAS: Isnin – Jumaat
- JANGKAMASA PENGAJIAN: 9 Bulan (Tahap 2)
- PEMBIAYAAN: Biasiswa MBI / Biasiswa IKTISASS / KWSP / Ansuran Bulanan
- TEMPAT TINGGAL: Asrama Disediakan (Terhad)
- PENEMPATAN PEKERJAAN: Disediakan
- SAMBUNG PENGAJIAN: Layak untuk melanjutkan pengajian ke tahap Ijazah Sarjana Muda (Degree) di mana-mana universiti tempatan.
Syarat Permohonan
- SPM tidak diperlukan
- Berumur 16 – 30 tahun
- Boleh berbahasa Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Kelayakan Biasiswa: Anak Selangor + Dari Keluarga B40 atau M40
Modul / Subjek Pengajian
- Vehicle Engine System
- Vehicle Transmission System
- Brake System & Safety
- Vehicle Electrical & Electronic System
- Cooling & Air Conditioning System
- Steering, Suspension & Wheel System
- Workshop Practice & Safety
- Automotive Diagnostic & Troubleshooting
- Automotive Management & Soft Skills
- Latihan Industri (On-Job Training)
* Sila ambil perhatian bahawa modul-modul ini tertakluk kepada perubahan oleh pihak Kolej / Universiti dari semasa ke semasa.
Peluang Kerjaya
- Automotive Technician / Mechanic
- Diagnostic Technician
- Service Advisor
- Automotive Supervisor / Foreman
- Automotive Engineer Assistant
- Quality Control Inspector
- Spare Parts Executive
SPM Tidak Diperlukan
Untuk Memohon
Temuduga Ringkas Untuk
Permohonan Biasiswa
Diiktiraf Kementerian Sumber Manusia
Bantuan Kewangan + Elaun Sara Diri RM500 Setiap Bulan
Asrama Disediakan (Terhad)
Penempatan Pekerjaan Disediakan
Hubungi Kami
Upskilled Education
Jalan PPT 2, Pusat Perniagaan Templer, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Kenapa Pilih Program Ini?
- Temuduga Ringkas
Temuduga ringkas dijalankan oleh Carsome TVET Academy untuk permohonan Biasiswa MBI / Biasiswa IKTISASS
-
Bantuan
Kewangan
Bantuan kewangan disediakan melalui Biasiswa MBI / Biasiswa IKTISASS termasuk Elaun Sara Diri berjumlah RM500 setiap bulan.
-
Kolej
Ternama
Program ini ditawarkan oleh salah satu kolej ternama di Malaysia iaitu Carsome TVET Academy di kampus utamanya di Kota Damansara, Selangor.
Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti