Diploma Kemahiran Aesthetic Services (Beauty)
Program Diploma Kemahiran Aesthetic Services (Beauty) memberi fokus kepada pembangunan kemahiran profesional dalam bidang kecantikan dan estetik melalui latihan praktikal (hands-on) yang merangkumi rawatan wajah, terapi badan, analisis kulit, spa terapi dan penggunaan teknologi estetik moden. Program ini turut membekalkan pengetahuan dalam konsultasi pelanggan, pengurusan pusat kecantikan, etika kerja dan keusahawanan, sekali gus melengkapkan graduan dengan kemahiran yang diperlukan untuk membina kerjaya atau perniagaan dalam industri kecantikan yang semakin berkembang.
- Universiti Tun Abdul Razak
- Jangkamasa: 2 Tahun
Pengenalan
Program Diploma Kemahiran Aesthetic Services (Beauty) di Universiti Tun Abdul Razak direka untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang kecantikan dan estetik profesional yang memenuhi standard industri semasa. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran praktikal dalam rawatan kecantikan, penjagaan kulit, terapi estetik serta penggunaan teknologi kecantikan moden yang semakin mendapat permintaan tinggi dalam industri kesihatan dan kecantikan.
Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan kepada pelbagai teknik rawatan estetik seperti facial treatment, body therapy, skin analysis, spa therapy, dan pengendalian peralatan estetik moden. Selain itu, program ini turut memberi pengetahuan berkaitan konsultasi pelanggan, standard kebersihan dan keselamatan, serta pengurusan operasi pusat kecantikan bagi memastikan graduan bersedia menghadapi situasi sebenar di tempat kerja. Pendekatan pembelajaran berasaskan praktikal (hands-on) membantu pelajar menguasai kemahiran industri secara profesional.
Program ini juga menekankan pembangunan kemahiran komunikasi, etika kerja dan keusahawanan agar graduan bukan sahaja mampu bekerja dalam industri kecantikan, malah berpotensi untuk membina perniagaan sendiri dalam bidang estetik dan spa. Dengan sokongan latihan TVET dan pensijilan kemahiran yang diiktiraf, graduan mempunyai peluang kerjaya yang luas dalam industri kecantikan yang semakin berkembang di Malaysia dan peringkat antarabangsa.
Maklumat Program
- INSTITUSI: Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur
- PENGIKTIRAFAN: Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
- JADUAL KELAS: Isnin – Jumaat
- JANGKAMASA PENGAJIAN: 2 Tahun
- PEMBIAYAAN: Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) / KWSP / Ansuran Bulanan
- TEMPAT TINGGAL: Asrama Disediakan (RM260 sebulan)
- PENEMPATAN PEKERJAAN: Disediakan
- SAMBUNG PENGAJIAN: Layak untuk melanjutkan pengajian ke tahap Ijazah Sarjana Muda (Degree) di mana-mana universiti tempatan.
Syarat Permohonan
- SPM tidak diperlukan
- Berumur 16 – 30 tahun
- Boleh berbahasa Malaysia
- Sihat tubuh badan
Modul / Subjek Pengajian
- Etika Profesional, Keselamatan Salon dan Amalan Kebersihan
- Tugas Kaunter Penerimaan Salon
- Perkhidmatan Facial Manual
- Solekan Siang dan Malam
- Perkhidmatan Manicure
- Perkhidmatan Pedicure
- Facial Electrotherapy
- Specialized Facial Mask Therapy
- Eyelash and Eyebrow Enhancement
- Eye Contour Services
- Superfluous Hair Depilation
- Konsultasi Badan
- Terapi Haba Badan
- Urutan Badan Manual
- Elektroterapi Badan
- Terapi Balutan Badan
- Penyeliaan Operasi Salon
- Jualan Dan Promosi Salon
- Kemahiran Komunikasi
- Aplikasi Microsoft Office
- Etika Tempat Kerja
- Keusahawanan
- Terapi Décolleté
* Sila ambil perhatian bahawa modul-modul ini tertakluk kepada perubahan oleh pihak Kolej / Universiti dari semasa ke semasa.
Peluang Kerjaya
- Terapis Kecantikan
- Terapis Estetik
- Terapis SPA
- Manikuris / Pedikuris
- Perunding Kecantikan
- Pembekal Produk dan Peralatan Kecantikan
- Jurulatih Kecantikan
- Penasihat Kecantikan
- Penyelia Pusat Kecantikan
- Tenaga Pengajar TVET
SPM Tidak Diperlukan
Untuk Memohon
Kemasukan Terus
Tanpa Temuduga
Diiktiraf Kementerian Sumber Manusia
Bantuan Kewangan + Elaun Sara Diri RM400 Setiap Bulan
Asrama Disediakan (RM260 Sebulan)
Penempatan Pekerjaan Disediakan
Hubungi Kami
Upskilled Education
Jalan PPT 2, Pusat Perniagaan Templer, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.
Kenapa Pilih Program Ini?
-
Tiada
Temuduga
Permohonan adalah secara Direct Entry dan tidak memerlukan sijil SPM sebagai syarat kemasukan.
-
Bantuan
Kewangan
Bantuan kewangan disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) termasuk Elaun Sara Diri berjumlah RM400 setiap bulan.
-
Universiti
Ternama
Program ini ditawarkan oleh salah satu universiti ternama di Malaysia iaitu Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) di kampus utamanya di Kuala Lumpur.
Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti