Diploma Kemahiran Creative Multimedia Designer

diploma kemahiran tvet creative multimedia designer

Program Diploma Kemahiran Creative Multimedia Designer  memberi fokus kepada pembangunan kemahiran praktikal dalam reka bentuk grafik, animasi, penyuntingan video dan penghasilan kandungan digital bagi memenuhi keperluan industri kreatif. Melalui pembelajaran berasaskan latihan hands-on, pelajar didedahkan dengan pengalaman kerja sebenar serta berpeluang membina kerjaya sebagai pereka grafik, multimedia designer atau content creator, di samping memperoleh kelayakan kemahiran yang diiktiraf dan meningkatkan kebolehpasaran dalam era digital.

Pengenalan

Program Diploma Kemahiran Creative Multimedia Designer oleh Universiti Tun Abdul Razak direka khas untuk melahirkan tenaga kerja mahir dalam bidang reka bentuk multimedia kreatif yang semakin mendapat permintaan tinggi dalam industri digital masa kini. Program ini memberi penekanan kepada kemahiran praktikal seperti reka bentuk grafik, penyuntingan video, animasi, dan pembangunan kandungan digital menggunakan perisian serta teknologi terkini.

Melalui pendekatan pembelajaran berasaskan latihan praktikal (hands-on), pelajar akan didedahkan kepada situasi kerja sebenar bagi membina kemahiran teknikal dan kreativiti yang diperlukan oleh industri. Program ini juga sesuai untuk individu yang berminat membina kerjaya sebagai pereka grafik, multimedia designer, content creator, atau bekerja dalam industri kreatif dan media digital.

Selain itu, program ini memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh kelayakan kemahiran yang diiktiraf serta meningkatkan kebolehpasaran dalam pasaran kerja, sejajar dengan keperluan industri yang semakin beralih ke arah digital dan multimedia.

Maklumat Program

  • INSTITUSI: Universiti Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur
  • PENGIKTIRAFAN: Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
  • JADUAL KELAS: Isnin – Jumaat
  • JANGKAMASA PENGAJIAN: 2 Tahun 4 Bulan
  • PEMBIAYAAN: Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) / KWSP / Ansuran Bulanan
  • TEMPAT TINGGAL: Asrama Disediakan (RM260 sebulan)
  • PENEMPATAN PEKERJAAN: Disediakan
  • SAMBUNG PENGAJIAN: Layak untuk melanjutkan pengajian ke tahap Ijazah Sarjana Muda (Degree) di mana-mana universiti tempatan.

Syarat Permohonan

  • SPM tidak diperlukan
  • Berumur 16 – 30 tahun
  • Boleh berbahasa Malaysia
  • Sihat tubuh badan

Modul / Subjek Pengajian

  • Penghasilan Antara Muka Grafik
  • Produksi Audio dan Video
  • Pembangunan Aplikasi Interaktif
  • Sokongan Teknikal Multimedia Interaktif
  • Penyeliaan Reka Bentuk Multimedia Interaktif
  • Pengurusan Produksi Multimedia
  • Reka Bentuk Instruksional Multimedia
  • Pengarahan Seni Multimedia
  • Pengarahan Audio Visual Multimedia (AV)
  • Kawalan Kualiti Multimedia
  • Penyelidikan Dan Inovasi Multimedia
  • Kemahiran Asas Tempat Kerja
  • Komunikasi Asas Bahasa Inggeris
  • Aplikasi Microsoft Office
  • Etika Tempat Kerja
  • Keusahawanan

* Sila ambil perhatian bahawa modul-modul ini tertakluk kepada perubahan oleh pihak Kolej / Universiti dari semasa ke semasa.

Peluang Kerjaya

  • Graphic Designer
  • Multimedia Designer
  • Content Creator / Video Editor
  • Motion Graphics Designer
  • Digital Media Designer
  • Social Media Content Designer
  • UI Designer (User Interface Designer)
  • Junior Animator (2D Animator)
  • Creative Designer
  • Web Graphic Designer
  • Advertising Designer
SPM Tidak Diperlukan
Untuk Memohon
Kemasukan Terus
Tanpa Temuduga
Diiktiraf Kementerian Sumber Manusia
Bantuan Kewangan + Elaun Sara Diri RM400 Setiap Bulan
Asrama Disediakan (RM260 Sebulan)
Penempatan Pekerjaan Disediakan

Ada Sebarang Soalan?

Hubungi Kami

Upskilled Education
Jalan PPT 2, Pusat Perniagaan Templer, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

Kenapa Pilih Program Ini?

Permohonan adalah secara Direct Entry dan tidak memerlukan sijil SPM sebagai syarat kemasukan.

Bantuan kewangan disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) termasuk Elaun Sara Diri berjumlah RM400 setiap bulan.

Program ini ditawarkan oleh salah satu universiti ternama di Malaysia iaitu Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) di kampus utamanya di Kuala Lumpur.

Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti

celcom       airasia       perodua       genting       shangrila       etiqa       prudential       airasia       fedex

MOHON

Anda perlukan maklumat lanjut mengenai program ini? Lengkapkan Borang Pertanyaan dibawah dan wakil kami akan menghubungi anda secepat mungkin!

Inactive

Giving

All donations to the Student Emergency Fund will directly support our students as they adapt to changing circumstances.

Alumni

Everything that I learned at Kempbelle University really helped put me above the competition in the field of business management.

Alyssa Watson
BA Business Management

Inactive