Diploma Kemahiran Pengajaran Tahfiz

diploma kemahiran tvet pengurusan tahfiz

Program Diploma Kemahiran Pengajaran Tahfiz menggabungkan kemahiran pengajaran Al-Quran dengan pembangunan sahsiah dan ilmu agama bagi melahirkan tenaga pengajar tahfiz yang profesional dan berintegriti. Melalui pembelajaran berasaskan teori dan latihan praktikal, pelajar akan menguasai teknik hafazan Al-Quran, tajwid, talaqqi dan musyafahah, serta pengajaran asas Fardhu Ain, di samping membina disiplin ibadah, akhlak, kepimpinan dan kemahiran mendidik secara holistik untuk memenuhi keperluan institusi tahfiz dan pendidikan Islam.

Pengenalan

Program Diploma Kemahiran Pengajaran Tahfiz di Kolej Profesional Kemahiran Kiblah merupakan program TVET berasaskan tahfiz yang menggabungkan kemahiran pengajaran Al-Quran dengan pembangunan sahsiah dan ilmu agama. Program ini direka untuk melahirkan tenaga pengajar tahfiz yang bukan sahaja mahir dalam hafazan Al-Quran, tetapi juga kompeten dalam teknik penyampaian ilmu secara sistematik dan berkesan.

Sepanjang pengajian, pelajar akan didedahkan kepada kemahiran pengajaran hafazan Al-Quran (talaqqi dan musyafahah), penguasaan ilmu tajwid, serta teknik membimbing pelajar dalam proses hafazan. Selain itu, program ini turut merangkumi pengajaran asas Fardhu Ain seperti tauhid, fiqh, akhlak dan adab, bagi memastikan pelajar mampu mendidik secara holistik dari aspek akademik dan kerohanian.

Program ini juga menekankan pembentukan disiplin ibadah dan sahsiah diri melalui amalan harian seperti solat berjemaah, zikir, doa, serta aktiviti pembangunan rohani dan fizikal. Pendekatan ini selari dengan matlamat kolej untuk melahirkan graduan yang seimbang dari segi kemahiran, ilmu dan akhlak, serta mampu menjadi pendidik yang profesional dan berintegriti dalam bidang tahfiz.

Maklumat Program

  • INSTITUSI: Kolej Profesional Kemahiran Kiblah, Sepang
  • PENGIKTIRAFAN: Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia
  • JADUAL KELAS: Isnin – Jumaat
  • JANGKAMASA PENGAJIAN: 12 Bulan
  • PEMBIAYAAN: Pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) / KWSP / Ansuran Bulanan
  • TEMPAT TINGGAL: Asrama Disediakan (Percuma)
  • PENEMPATAN PEKERJAAN: Disediakan
  • SAMBUNG PENGAJIAN: Layak untuk melanjutkan pengajian ke tahap Ijazah Sarjana Muda (Degree) di mana-mana universiti tempatan.

Syarat Permohonan

  • SPM tidak diperlukan
  • Berumur 16 – 30 tahun
  • Boleh berbahasa Malaysia
  • Sihat tubuh badan

Modul / Subjek Pengajian

  • Pengajaran Tahfiz & Hafazan Al-Quran
  • Ilmu Tajwid & Tarannum
  • Pedagogi Pengajaran Tahfiz
  • Pengajian Fardhu Ain
  • Pengurusan Kelas & Institusi Tahfiz
  • Pembangunan Sahsiah & Modal Insan
  • Bahasa & Komunikasi
  • Kemahiran Sokongan & ICT
  • Latihan Industri / Praktikum
  • Amalan Ibadah & Disiplin Harian

* Sila ambil perhatian bahawa modul-modul ini tertakluk kepada perubahan oleh pihak Kolej / Universiti dari semasa ke semasa.

Peluang Kerjaya

  • Guru Tahfiz / Guru Al-Quran
  • Pensyarah Tahfiz / Tenaga Pengajar
  • Imam / Bilal Masjid
  • Penceramah / Motivator Islam
  • Pegawai Hal Ehwal Islam
  • Penyelia / Pentadbir Institusi Tahfiz
SPM Tidak Diperlukan
Untuk Memohon
Temuduga Ringkas
Untuk Kemasukan
Diiktiraf Kementerian Sumber Manusia
Bantuan Kewangan + Elaun Sara Diri RM600 Setiap Bulan
Asrama Disediakan (Percuma)
Penempatan Pekerjaan Disediakan

Ada Sebarang Soalan?

Hubungi Kami

Upskilled Education
Jalan PPT 2, Pusat Perniagaan Templer, 70200 Seremban, Negeri Sembilan.

Kenapa Pilih Program Ini?

Temuduga ringkas akan dikendalikan oleh pihak Kolej untuk mengakses pengetahuan agama setiap pelajar.

Bantuan kewangan disediakan oleh Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) termasuk Elaun Sara Diri berjumlah RM600 setiap bulan.

Program ini ditawarkan oleh salah satu kolej ternama di Malaysia iaitu Kolej Profesional Kemahiran Kiblah di kampus utamanya di Sepang, Selangor.

Para graduan kami kini berkhidmat dalam pelbagai syarikat swasta yang terkenal di Malaysia seperti

celcom       airasia       perodua       genting       shangrila       etiqa       prudential       airasia       fedex

MOHON

Anda perlukan maklumat lanjut mengenai program ini? Lengkapkan Borang Pertanyaan dibawah dan wakil kami akan menghubungi anda secepat mungkin!

Inactive

Giving

All donations to the Student Emergency Fund will directly support our students as they adapt to changing circumstances.

Alumni

Everything that I learned at Kempbelle University really helped put me above the competition in the field of business management.

Alyssa Watson
BA Business Management

Inactive